Rabun Jauh
Rabun jauh bukan sejenis kecacatan. Sebenarnya struktur mata orang yang rabun jauh adalah normal.Apa yang berlaku ialah, biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding orang yang tidak rabun.Imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus pada kedudukan di depan retina.
Tahap kerabunan akan meningkat dan digalakkan melakukan pemeriksaan mata setiap enam bulan di mana kuasa cermin mata mungkin berubah.
Oleh itu, adalah penting memastikan kanak-kanak rabun memakai cermin mata untuk memberi keselesaan dan menentukan mereka dapat melihat sejelas mungkin di sekolah.
Tanda-Tanda Rabun Jauh :
Kabur penglihatan jauh
Kerap sakit kepala/pening
Mata berair
Mata merah
Gagal baca tulisan di signboard/papan hitam kelas
Mengecilkan mata bila melihat
Jika tanda-tanda ini ada pada anda,Anda mungkin rabun! Cepat periksan mata anda sekarang supaya gejala rabun boleh dikesan!
Rabun Dekat
Sejenis masalah rabun yang berlaku apabila seseorang itu dapat melihat objek yang jauh dengan baik, tetapi tidak dapat membaca dengan baik dikenali sebagai presbiopia.
Ia biasanya berlaku pada seseorang yang mencapai umur lebih 40 tahun. Ini disebabkan proses pengerasan kapsul kanta yang menyebabkan pengurangan pergerakan kapsul kanta ketika melihat objek. Dalam keadaan seseorang ingin memfokus pada objek yang dekat, kapsul tersebut harus mengendur untuk menjadikan kanta itu lebih cembung.
Apabila berlaku pengerasan, proses ini sukar dilakukan dan keupayaan mata melihat objek yang dekat berkurangan. Masalah ini perlu diatasi dengan memakai cermin mata untuk membaca yang harus ditukar setiap dua tahun.
Untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghidap presbiopia, kekaburan dekat berlaku pada kedua-dua mata dan ketajaman objek itu menjadi lebih jelas apabila objek dijauhkan sedikit. Masalah ini juga tidak seharusnya disalahfahamkan dengan masalah katarak mata, terutamanya bagi mereka yang melebihi umur 40 tahun.
Jika tanda-tanda ini ada pada anda,Anda mungkin rabun! Cepat periksan mata anda sekarang supaya gejala rabun boleh dikesan!
Jemput datang ke Rozaimi Optometrist Larkin Perdana ya...
019-790 3121



No comments:
Post a Comment